Tuesday, August 25, 2015

Pengajian Malaysia

Nama Pensyarah : Puan Naimah Bt. Ismail Senyum
Kos : DUB1012-Pengajian Malaysia Tenang
Kelas : DKA1B Tenang
Disediakan oleh :
  • Nurizni Atikah Bt. Rusli
  • Zakirah Fadhlin Bt. Ahmad
  • Nurul Fatini Bt. Adenan
  • Siti Zulaiha Bt. Zakaria
  • Nur Adila Bt. Mohd Arshad

PENGENALAN

Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang terhasil sejak Kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan seperti :
  • hak asasi
  • hak kewarganegaraan
  • hak istimewa orang melayu
  • agama dan bahasa

DEMOKRASI BERPARLIMEN

  • Bermaksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan
  • dibentuk melalui proses pilihan raya 
  • rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka sekaligus menjadi wakil rakyat di parlimen.
  • Dalam erti kata lain demokrasi berparlimen bermaksud 'Kerajaan Rakyat



Amalan Demokrasi Berparlimen di Malaysia

PERSIDANGAN PARLIMEN
  • Malaysia mengamalkan sistem demokrasi kerana ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
  • Corak demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan YDPA sebagai Ketua Negara.
  • Demokrasi Berparlimen di Malaysia menetapkan hanya wakil-wakil yang sah dipilih oleh rakyat akan menduduki parlimen seterusnya menjalankan pemerintahan melalui peruntukan perlembagaan persekututan. 
  • Untuk memerintah negara, mana-mana parti poitik perlu menyertai pilihan raya yang diadakan 5 tahun sekali. 




PILIHAN RAYA



  1. Bermaksud satu kaedah bagi rakyat untuk mengndi bagi memilih wakil mereka.
  2. Turut berperanan untuk mengesahkan mereka yang memegang kuasa
  3. Merupakan satu bentuk komunikasi antara pemerintah dan yang diperintah.

SEJARAH PILIHAN RAYA
  • 16 Februari 1952- Pilihan Raya Perbandaran(Kuala Lumpur)
  • Pilihan raya ini merupakan susulan daripada Perjanjian Tanah Melayu 1948.
  • Pilihan Raya ini bukannya Pilihan Raya Perbandaran yang pertama.
  • 27 Julai 1955- Pilihan Raya Persekutuan yang pertama di Tanah Melayu.
  • Antara parti yang mengambil bahagian :                                                 a) Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO,MCA,MIC                             b) Parti Negara pimpinan Datuk Onn- 33 orang                                         c) Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)- 11 orang                                       d) Parti-parti lain yang mengambil bahagian dalam pilihan raya ini ialah         Parti Buruh, Parti Kemajuan Perak (kemudian menjadi Parti Kemajuan         Rakyat) , Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu.           e) Parti Perikatan telah memenangi 51 dari 52 buah kerusi yang                     dipertandingkan.Kerusi yang sebuah lagi dimenangi oleh PAS.

FUNGSI PILIHAN RAYA
  • Menubuhkan sebuah kerajaan Demokrasi
  • Mengekalkan pucuk pimpinan
  • Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi 
  • Mengutakan kestabilan dalam sebuah organisasi dan komuniti politik

SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR) 


  • Ditubuhkan pada September 1957 mengikut Perlembagaan Perkara 114 Perlembagaan Perseketuan yang dianggotai 1 Pengerusi dan 2 ahli pada ketika itu.
  • Pada tahun 1963 ahlinya ditambah kepada 3 orang manakala pada 1981 ditambah pula timbalan pengerusi dan En Abd Rahman bin Abu Hassan orang yang pertama memegang jawatan itu.
  • Pada 2002,keanggotaan SPR ditambah menjadi 7 orang ahli,Pengerusi,Timbalan Pengerusi dan 5 orang ahli termasuk 1 dari Sabah dan 1 dari Sarawak.
  • Pengerusi,Timbalan pengerusi dan 3 orang ahlinya dilantik oleh YDPA atau atas nasihat MRR.
  • SPR membentuk sebuah urus setia bagi menjalankan fungsinya yang diketuai oleh setiausaha.Setiausaha yang pertama H.Cassidy (1957-1958). 
FUNGSI SPR
  • Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian-bahagian pilihanraya.
  • Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakkan daftar pemilih.
  • Menjalankan pilihanraya umum dan kecil.
  • Mendaftarkan calon-calon yang bertanding.
SISTEM PILIHAN RAYA 
      
  • Diadakan 5 tahun sekali.
  • Memilih wakil-wakil di Dewan Undangan Negeri bagi mengetuai Kerajaan Negeri dan wakil-wakil Dewan Rakyat untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
  • Dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terdapat dalam Perkara 113 - 120 Perlembagaan Persekutuan.
  • Dibubarkan oleh YDPA peringkat persekutuan dan Raja / Yang Dipertuan Negeri bagi peringkat negeri ( melalui nasihat PM / MB )
  • Perlu diadakan dalam masa 60 hari bagi semenanjung dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.
TARIKH PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA



ELEMEN-ELEMEN PENTING PILIHAN RAYA

1.) BILANGAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA
  • Seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihanraya di Parlimen  ( Pilihan raya umum ) atau Dewan Undangan Negeri ( Pilihan raya Negeri).
  • Sehingga kini terdapat 219 kerusi Dewan Rakyat ( Parlimen ) dan 567 kerusi Dewan Undangan Negeri.
  • SPR perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang dari 8 tahun.
2.) PENDAFTARAN PEMILIH
  • Seorang pemilih mestilah mendaftar dengan SPR sebelum dia mengundi.
  • Seseorang layak mengundi jika :                                                                                                       - Warganegara Malaysia.                                                                                                                 - Umur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan.                                                     - Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya Malaysia.                                             - Tidak hilang kelayakan.

PROSES PILIHAN RAYA
  • Bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh SPR kepada pegawai pengurus.
  • Notis akan diwartakan untuk menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon & hari mengundi. 
Hari Penamaan Calon.
  • Hari yang ditetapkan oleh SPR bagi calon-calon yang bertanding mengemukakan kertas-kertas penamaan kepada pegawai pengurus.
  • Dikemukakan oleh calon, pencadang & penyokong atau salah seorang daripada mereka mestilah dikemukakan antara jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi.
  • Dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan menerima sebarang bantahan.
  • Pegawai pengurus mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding jika seorang calon sahaja yang dicadagkan.
Deposit
  • RM10,000 bagi kerusi parlimen & RM5000 bagi kerusi negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon.
  • Akan hilang wang depsit sekiranya gagal memperolehi 1/8 dairpada jumlah undi.
Penggunaan simbol
  • Boleh  menggunakan simbol parti jika mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan.
Kempen
  • SPR merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihenti pada pukul 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.
HARI MENGUNDI
  • Merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi.
  • Waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang.
  • Bagi kawasan-kawasan pedalaman,unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan pelancaran membuang undi.
  • SPR akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara seperti;
  1. Tarikh mengundi 
  2. Lokasi tempat mengundi
  3. Waktu mengundi di semua tempat mengundi
  4. Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi
BARUNG SPR
  • Seseorang calon tidak dibenarkan mendirikan pondok dimana-mana pusat mengundi di kawasan tempat calon itu bertanding.
  • Parti-parti politik dibenarkan untuk mengadakan operasi jika sekiranya terletak diluar jarak 50 meter dari pusat mengundi.
  • Meastikan kelancaran pengundian,SPR akan mendirikan barung SPR di pusat-pusat mengundi.
  • Barung-barung ini adalah untuk membantu memilih menyemak nombor sirim mereka.
KEBENARAN MEMASUKI TEMPAT PEMBUANGAN UNDI
  • Hanya pemilih-pemilih yang nama mereka terdapat dalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat mengundi sahaja boleh dibenarkan masuk untuk membuang undi.
  • Mestilah membawa kad pengenalan pemilih yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sebagai pengenalan diri dan perlu ditunjukkan di tempat undi.
  • Bagi memastikan keadaan terkawal dan menentukan kerahsiaan undi,hanya pegawai-pegawai berikut yang dibenarkan memasuki ke tempat undi.
  1. Ahli dan pegawai SPR. 
  2. Ketua tempat mengundi dan kakitangannya.
  3. Calon-calon dan wakil calon.
  4. Agen-agen mengundi dan agen mengira undi.
  5. Orang-orang yang dibenarkan oleh SPR.
      
EGEN MENGUNDI

  1. Undang-undang membenarkan calon melantik agen mengundi bagi tujuan menjaga kepentingan calon di setiap tempat mengundi di sepanjang masa.
  2. Peranan agen adalah untuk memastikan pengundian dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan.
PENGIRAAN UNDI

  • Dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi atau di satu pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan.
  • Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi yang ditetapkan.
  • Semasa undi dikira, orang yang dibenarkan sahaja boleh memasuki tempat mengira undi:
  1. Ahli-ahli dan pegawai SPR
  2. Pegawai yang dilantik oleh SPR
  3. Kerani yang mengira undi
  4. Calon, wakil, dan agen mengira undi. 
PERJUMLAHAN RASMI UNDI

  • Pengiraan undi di tempat-tempat mengundi dan pusat pengiraan undi, keputusan-keputusan pengundiaan dikemukakan kepada Pegawai Pengurus.
  • Pegawai Pengurus akan menjumlahkan undi, termasuk undi pos, untuk menentukan pemenang.
  • Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian Pilihan Raya akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti, sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya berkenaan.
PETISYEN PILIHAN RAYA

  • Sesuatu keputusan piliharaya sebenarnya boleh dicabar di mahkamah.Sesuatu petisyen  boleh dibuat atas sebab-sebab berikut;
  1. Sogokan,peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihanraya
  2. ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihanraya.
  3. Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh calon dan ejen-ejen.
  4. Calon dan ejennya didapati tidak layak menyertai polihanraya.Petisyen pilihanraya mestilah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi dalam masa 21 hariselepas tarikh keputusan pilihanraya disiarkan dalam warta.
PENYATA PEMBELANJAAN PILIHANRAYA

Seorang calon layak membelanjakan wang bagi pilihanraya tetapi tidak boleh melebihi;
  1. RM 200,000 bagi Dewan Rakyat 
  2. RM 100,000 bagi Dewan Undangan Negeri
Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Piliha Raya Negeri didalam tempoh 30 hari selepas tarikh keputusan pilihanraya disiarkan didalam warta. Kegagalan untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan dibawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN KERTAS UNDI
  • Dokumen-dokumen ini mestilah disimpan didalam peti atau peti-peti khas dan di kunci dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon. Peti-peti khas ini disimpan selama 6 bulan dibawah pengawasan Pegawai Pengurus. Pengarah Pilihan Raya Negeri akan menyimpan daftar pemilih yang telah ditandakan dan juga A counter foils. E kertas undi. Ini adalah bagi menjamin kerahsiaan undi. Peti-peti itu hanya boleh dibuka atas arahan hakim. Mahkamah Tinggi, jika ada kes-kes petisyen. Selepas tempoh 6 bulan, Pegawai Pengurus, selepas mendapat kebenaran SPR akan melupuskan kertas undi dan dokumen-dokumen berkenaan. Pegawai Pengurus kemudian akan mengemukakan sijil pelupusan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.
KESIMPULAN

Pengamalamn sistem Demokrasi Berparlimen sesungguhnya mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat negara ini sejak diperkenalkan sehingga kini, sistem tersebut telah dapat mewujudkan susasana politik yang  stabil, aman dan makmur. Melalui Demokrasi Berparlimen, kewujudan seorang Raja berperlembagaan telah mengekalkan kesinambungan tradisi pemerintahan di negara ini. Maanakala kerajaan yang dipilih pula, perlu bijak memenangi hati rakyat dan tidak boleh berat sebelah kepada terhadap golongan minoriti kerana keadaan ini akan menjatuhkan kerajaan pemerintah pada masa akan datang. Selain itu, setiap individu akan dilindungi kedudukannya dan boleh menggunkan hak mereka untu menetukan tampuk pemerintahan negara. Diharapkan setiap warganegara akan sentiasa bekerjasama bagi membolehkan konsep demokrasi ini terus wujud.